Kuih cara berlauk

 Asalamualaikum dan salam jumaat buat kawan semua…. semuga hari ini dan hari2 yang mendatang akan lebih membahagiakan buat kita semua, Insya Allah.  pagi ni nak tepek kat sini kuih cara berlauk yang kak rose buat untuk potluck majlis bacaan Al-Khafi pada jumaat lepas… rasa semacam kekok pulak nak sediakan kuih pagi2 hari jumaat bila dah bercuti selama dua tahun sepanjang berada di Penang…. so minggu kedua barulah kak rose ada bawak kuih untuk majlis tu… minggu pertama berada disini, periuk belanga pun masih dalam kotak lagi… hihi. so tak de la kuih, datang lenggang kangkong jer!

resepi kuih cara berlauk… terima kasih pada yang kongsikan resepi ni ya… lost track dah!

Bahan untuk Inti

200g daging cincang
1 biji bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pes
sedikit minyak untuk masak
sedikit daun bawang dan daun sup dipotong halus
sedikit garam dan gula

gebang2 mak nenek sebelum bacaan bermula…

Bahan untuk batter :

1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan santan
1 1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telur

Cara-cara membuat kuih cara berlauk:

1. untuk batter kuih cara, masukkan semua bahan dan gaul sebati. Jangan terlalu cair. ketepikan
2. untuk inti, panaskan minyak, tumis bawangputih yang ditumbuk,
masukkan pes serbuk kari sehingga naik minyak. masukkan daging dan gaul
sebati.
3. masukkan bawang, daun bawang dan garam. gaul sebati. masak hingga kering kuahnya.
4. panaskan acuan kuih cara di atas dapur, sapukan minyak pada acuan,
masukkan batter kuih cara. kemudian masukkan inti kedalam batter kuih
cara tersebut. hias dengan cili merah dan daun sup.
5. biarkan 7-8 minit atau sehingga kuih masak. 

ep2p-5small