Borang Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017

Borang Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017.Berita baik untuk semua pelajar IPTA dan IPTS.Pelajar pelajar di pusat pengajian dalam negara boleh menikmati pendaftaran perniagaan secara percuma bermula 1 Januari 2017 melalui Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017 .Disini kami akan kongsikan syarat dan cara membuat permohonan Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017  yang di warwarkan melalui media FB Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi). Kepada pelajar yang berkelayakan dan berminat boleh rujuk panduan yang akan kami kongsikan di bawah.

Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017 

Bermula dari 1 Januari sehingga 31 disember 2026 ,semua pelajar di pusat pengajian di malaysia adalah layak untuk membuat pendaftaran perniagaan secara percuma.Untuk makluman, SSM memperuntukkan geran RM10 juta bagi tempoh 10 tahun dengan RM1Juta peruntukan kepada pelajar yang layak sahaja. Dengan lahirnya Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017, pelajar-pelajar IPT yang sedang atau dalam membuat perancangan untuk berniaga secara offline dan online boleh memohon dan mendapatkan sijil pendaftran perniagaan secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran.Di bawah kami kongsikan syarat-syarat dan cara membuat permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017 secara percuma.

Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017

 

Syarat-syarat bagi Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017 :

1) Pemohon adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
2) Sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran di dalam negara
3) Permohonan yang boleh dipertimbangkan adalah bagi satu pendaftaran perniagaan baharu untuk tempoh satu tahun sahaja bagi setiap pelajar di sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini
4) Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (rakan kongsi hendaklah terdiri dari kalangan pelajar sahaja); dan
5) Pembaharuan pendaftaran perniagaan setelah tamat tempoh setahun akan dikenakan bayaran seperti biasa.

Cara-cara membuat permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017

Proses pendaftaran adalah seperti berikut:

1) Permohonan hanya boleh dikemukakan melalui kaunter perkhidmatan pendaftaran perniagaan SSM di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut;

a) Kad Pengenalan;
b) Dua (2) salinan kad pelajar yang masih dalam tempoh sahlaku; dan
c) Salinan asal surat perakuan pelajar IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.

Kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan admin ucapkan selamat membuat permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017 dan jangan lepaskan peluang ini untuk membuat pendaftarn perniagaan secara percuma.

Komen anda?

Komen

ep2p-5small