BANJIR – Pemimpin PAN Mahu Penduduk Kelantan Dan Terengganu Bertaubat



05/01/2017- Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa meminta seluruh rakyat Malaysia, khususnya buat mangsa banjir di beberapa negeri yang terlibat untuk bertaubat dan beristighfar.

Beliau berkata, istighfar boleh mengelakkan bala daripada turun atau mengangkat bala yang sedang turun.

“Perbanyakkan istighfar (sama ada) berseorangan, bersama keluarga atau beramai-ramai,” katanya dalam satu kenyataan..

Difahamkan, beliau dikatakan mengikut rapat perkembangan bencana banjir yang menimpa Pantai Timur Semenanjung, walaupun kini beliau berada di Turki.

Beliau dikatakan sedang menjalankan misi kemanusiaan untuk pelarian Syria di Turki sejak 31 Disember lalu.

“Saya mengikuti perkembangan banjir di Pantai Timur, khususnya di Kelantan dari sempadan Turki Syria. Pada waktu ini, kami sedang berkereta dari bandar Raihaniyat ke Urfa yang memakan masa selama lima jam.

“Bagi pihak diri saya, saya telah menderma RM 7,000 kepada Tabung Banjir Amanah Kelantan untuk bantuan kepada pihak yang terlibat,” katanya lagi.

ep2p-5small