Lemak putih kacang+tauge

 bila masa craving nak makan masak lemak simple, buat jugaklah dengan bahan apa yang ada stok dalam fridge…. jadilah sayur cacamarba semua taruk apa yang ada… tapi kisahnya, udang yang dah sedia dan ready untuk nak join sayur ni dalam periuk, tertinggal la pulak… dah siap masak dan senduk masuk dalam mangkuk ni barulah terpandang udang dalam mangkuk ditepi sinki… boleh cam tu? sian ko udang, sudahnya masuk balik dalam fridge biar dia keras kejung sekali lagi….

 masak lemak cam ni pun boleh makan bertambah2 nasik… just kacang panjang+tauge+carrot dan bawang besar banyak2 kasi manis rasanya… ishhhh!!!! macam bangla pulak nak makan bawang banyak2 kan…

 

dan pelengkap pada sayur lemak yang membuatkan nasik bertambah2… ikan masin ni lah… dan bila ada baki, petang tu kak rose kukus pulut pulak makan dengan ikan masin ni… ada jugak serunding daging untuk digandingkan dengan pulut, tapi ikan masin jugak jadi pilihan… bahaya betul bila atas meja ada ikan masin, dua pinggan nasi rasa macam tak cukup lagi…. ishhhhh!!!

ep2p-2