Claudio Ranieri Akui Serba Tidak Kena, Leicester City Agih 30,000 Topeng Wajah Vardy

Ranieri refused to be drawn into the subject of the club owner's protest against the FA's callPengurus Leicester City, Claudio Ranieri, mengakui segala-galanya kini tidak betul dengan juara Liga Perdana Inggeris itu selepas mereka tewas 2-0 kepada Everton sehari selepas Krismas.

The Foxes tewas buat kali kedua di tempat sendiri tahun ini kepada gol-gol Kevin Mirallas dan Romelu Lukaku.

Ia menyaksikan skuad Ranieri hanya sedikit di atas zon relegasi di tangga ke-16 – jauh berlawanan dengan kedudukan mereka ketika lima bulan pertama tahun 2016 dengan menduduki kelompok teratas dalam perjalanan menuju kejuaraan menakjubkan.

Pengurus berbangsa Itali itu tidak dapat mengelak daripada menyorot perubahan nasib mereka.

“Segala-galanya tepat buat kami sepanjang enam bulan pertama tahun ini dan kini segala-galanya tidak betul. Kami perlu berjuang,” katanya.

“Ia satu perlawanan yang sukar (dengan Everton). Kami tahu itu tapi kami menguasai dan permainan adalah seimbang.

“Tiba-tiba dari satu sepakan jauh penjaga gol mereka, kami lewat bertindak balas dan mereka menjaringkan gol.

“Selepas itu, kami agak gemuruh dan mereka mengambil alih penguasaan.

“Tiada apa yang betul, tiada apa yang mudah tapi kami perlu terus bekerja keras dan memberi tumpuan kepada perkara-perkara kecil sekalipun. Kami perlu bertindak balas secepat mungkin kerana itu adalah penawar buat kami.

“Kami perlu bersatu sebagai sebuah pasukan. Kami mahu memberikan hadiah kepada penyokong (sempena Krismas) tapi ia tidak berlaku dan kami akan mencuba dalam perlawanan berikutnya (menentang West Ham pada Sabtu).”





Sementara itu Leicester City mengagihkan lebih kurang 30,000 keping topeng berupa wajah Jamie Vardy kepada penyokong-penyokonya sebagai tanpa protes terhadap penggantungan tiga perlawanan ke atas penyerang itu ketika perlawanan bertemu Everton pada Sabtu malam.

Vardy sebelum ini dihukum gantung tiga perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) berikutan layangan kad merah ketika aksi bertemu Stoke City minggu lalu, malah rayuan pengurangan oleh pihak kelab juga turut ditolak.

Keputusan tersebut ternyata mengecewakan pemilik kelab, Vichai Srivaddhanaprabha yang menganggap kad merah itu sebagai ‘tidak adil’.

Vardy diarah keluar padang oleh pengadil Craig Pawson selepas pemain itu melakukan terjahan kasar kepada pemain Stoke, Mame Biram Diouf ketika aksi seri 2-2.

Hukuman tersebut menyaksikan Vardy terlepas tiga aksi bermasuk Everton, West Ham (31 Dis) dan Middlesbrough pada 2 Januari ini.

Srivaddhanaprabha berkata di laman Instagramnya; “Saya memohon maaf bagi pengadilan yang tidak adil terhadap Vardy dan lebih menyedihkan rayuan turut ditolak. Pengadilan seperti ini menghilangkan kemeriahan dalam Liga Perdana Inggeris.

“Saya menghabiskan banyak masa dan usaha untuk melihat LCFC sukses, tetapi insiden seperti ini membuatkan saya hilang semangat untuk bola sepak.

“Bagaimanapun, kita perlu lupakan dan sudah tiba masanya kita bersatu dan bersorak (lebih kuat daripada sebelum ini) untuk pasukan kita walau apa sahaja yang berlaku, kami tidak takut dan tidak akan berhenti!”.

Comments

comments

ep2p-5small