Nasi goreng daging

 bila nak makan nasik tapi tak rajin nak masak segala lauk pauk, kita sekalikan semuanya dalam tu. all in one, gitu! laik dan sayur mayur dah ada dalam tu, kira menu seimbang la kan… hihi… nasi goreng daging resepi dari AlongRoz jadi penyelamat ketidak rajinan kak rose. gorengkan keropok terengganu mari dan makan dengan fresh iceberg salad dan cherry tomatoes yang manis… lengkap sudah hidangan ni… buat kak rose le… pas tu buah jugak jangan dilupakan.

kiwi fruits dan sour plum…. pelengkap nasik goreng kak rose.

resepi nasi goreng daging, mekasih Hajah AlongRoz kongsikan resepinya.

Bahan-bahan

  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah – tumbuk
  • 100-200g daging – hiris nipis – kak rose buh daging kisar jer
  • Segenggam mix vege  (kak rose letak carrot n kubis )
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah

Cara-cara

  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

ep2p-2