Seuntai doa dipagi hari

 Asalamualaikum dan salam pagi Jumaat kawan2 semua… 

pagi ni kak rose nak kongsikan kat sini tentang seuntai doa dipagi hari yang kak rose copy dari blog Yati… doa yang sangat baik untuk kita amalkan tak kiralah dipagi hari atau bila2 masa saja… semuga perkongsian ini memberi manafaat buat kita semua… Aamiin. terima kasih Yati dan semua yang sudi kongsikan doa yang baik2 ini.

Seuntai doa dipagi hari

Ya Allah..
Ya Rahman..
Ya Rahim..


Bila hari ini masih menjadi bahagian hidup kami..
Berilah kami kemudahan dan kelancaran untuk menjalaninya..


Bila kelopak mata kami masih terbuka,
Bimbinglah pengelihatan kami untuk sentiasa melihat kebaikkan dan kebenaran.

Bila mulut kami masih diizinkan berucap,
Tuntunlah agar sentiasa megatakan kejujuran.
 



Bila kaki kami masih diberi kemampuan untuk melangkah,
Hantarkanlah ketempat2 yang menjadi ibadah kami.



Bila tangan kami masih dapat digerakkan,
Gerakkan untuk memberi kebaikkan bagi orang lain.



Bila matahari masih diperkenankan untuk menyentuh raga ini,
Sempurnakanlah cahayanya dipagi hari untuk menyehatkan tubuh kami.



Bila udara masih menjadi sebahagian dari nafas kami,
Lapangkan rongga dada ini untuk menghirupnya.



Bila rezeki yang diturunkan dimuka bumi ini masih ada bahagian haq kami,
Datangkanlah dalam jumlah yang banyak bagi kami, yg halalan thoyiban dari segala arah,
Agar kami dapat memberi menafaat bagi orang lain yang memerlukannya.


Ya Allah…
Ya Rabb…



Bila keluarga, saudara2, sahabat2ku disini masih diperkenankan mewarnai kehidupan kami,
Jadikanlah mereka sebagai warna-warni yang penuh keindahan,
Penuh kasih sayang, rukun damai dan selalu..
Angkat dan hilangkanlah segala penyakit dari keluarga, sahabat2 ku ini..
Gantikan lah dengan kesihatan yang sempurna,
Serta berikan lah sisa usia yang penuh manafaat dan barokah…



Aamiin Yaa Rabbal ‘aalamiin.



ep2p-5small