Muffin roti sadin

 Muffin roti sadin yang sedap!

 muffin roti dari ilham Maz Ilham Dapur…. asalnya bingka roti berlauk tapi telah diubah suai menjadi muffin… lebih cantik dan mudah jugak nak ngapnya… cumanya kak rose tak guna pan yang nonstick, jadi lekatlah pulak muffin ni kat acuan tu… serabai la jadinya muffin kak rose ni. kalau nak tengok asal kejadian yang sangat cantik boleh lah jenguk kat blog Maz tu ya..

 walaupun serabai tapi rasa tetap lah umph, apa lagi bila bubuh isi sadin tu banyak2 hingga membuak isinya masa bakar… jom tengok resepinya…

MUFFIN ROTI SARDIN



 Bahan-bahan (6
biji) 5 roti keping – koyak-koyak

1 tin sardin kecil – amik ikan saja

1/2 labu bawang besar – hiris nipis

200lm susu segar

2 biji telur – kocok dengan garfu

1 sudu kecil minyak zaitun

sedikit cili merah hiris

sedikit daun bawang cincang

sedikit garam

MUFFIN ROTI SARDIN by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (6 biji)

5 roti keping – koyak-koyak
1 tin sardin kecil – amik ikan saja
1/2 labu bawang besar – hiris nipis
200lm susu segar
2 biji telur – kocok dengan garfu
1 sudu kecil minyak zaitun
sedikit cili merah hiris
sedikit daun bawang cincang
sedikit garam

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef


Cara


1. Panaskan oven suhu 180 C, sapu
sedikit mentega pada acuan muffin.

2. Panaskan minyak, masukkan bawang
dan masak sekejap, kemudian masukkan sardin (ikan saja), tekan dengan garfu
sekadar isinya berderai, padamkan api.

3. Sebatikan telur, susu dan sedikit
garam, tuang atas roti, masukkan cili merah dan daun bawang, sebatikan.

4. Isi separuh acuan muffin dengan
roti, kemudian masukkan sardin, tutup pula dengan roti dan atasnya letak
sedikit sardin lagi.

5. Bakar selama 20-25 minit
atau hingga perang, sedia untuk dihidang ketika masih panas bersama sos pilihan

ep2p-5small