Mee udang sedappp

 Asalamuaaikum dan selamat pagi isnin ya kawan2… semuga pagi ini tak de la yang mengalami sindrom monday blues, biarlah hari yang mendatang kita hadapi dengan ceria dan happy, redho dengan segala apa yang datang… kita merancang tapi perancangan Allah still the best kan… meh la hiburkan hati dengan sajian mee udang yang cuma tinggal gambar jer ni… pernah cuba buat mee udang guna resepi lain, tapi yang ni still the best pada kak rose la… sedap sangat!

 spaghetti yang berposing dalam piok, baru nak rebus…yang bestnya mee udang ni guna spaghetti… tapi kalau nak guna mee kuning tu pun ok jer. dan bahan untuk kuah pun tak banyak, so meh la kak rose kongsikan resepinya… mekasih pada tuan punya resepi, Ros Jintan manis.

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti (kak rose guna setengah peket yg 500gm tu)
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air

bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus (kak rose gantikan dengan sawi jer)
2 biji telur rebus
bawang goreng

Caranye

1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan
minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi,
pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili
tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2.
sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk
dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan
rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan. (kak rose tak ikiut yg ni, tp terus masuk udang dalam kuah… kira malas la dah tu!)

3.
Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah
mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan
garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat,
agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut
arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2
sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur
kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan,
letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan
kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur
sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki
minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi
warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya. 

kali ni memang dapat udang yang beso2,  baru la puas makan… tapi sayang bawang goreng tertumpah terbarai dilantai masa nak garnishkan atas mee ni, so togel je mee udang kak rose ni… hihi tapi yang pasti resepi mee udang dari Ros Jintanmanis ni lebih sedap dari mee udang mak jah, tak caya kawan2 kena cuba lah ya.

ep2p-5small