Getuk pisang

 kisah tipah tetipu, tetipu tipah!… dan itulah sebabnya jadi getuk pisang ni… masa balik kampung dua minggu lepas kak rose beli la pisang tanduk ni… oleh kerana tak ade yang masak, beli jer la yang masih hijau ni dan kata tuan kedai tu dekat nak masak dah tu…. dua hari cam tu masak lah dia, so kak rose ni pun percaya jer… tunggu punya tunggu tak jugak masak, masih tetap hijau dan keras cam tu… sampai bila la nak tunggu kan…. tanya cik google apa yang boleh dibuat dengan pisang mentah tu selain dari buat kerepek…. sekali keluar banyak sangat resepi pisang getuk dari blog mostly from indonesia… so meh la kita cuba…. not bad!

 keras kenyal jadinya bila dah direbus dan tumbuk, campurkan dengan kelapa parut dan sedikit gula… wallaaaa… sedap… agaknya kalau pisang ni dah masak pastinya lagi sedap dan manis ori gitu! kalau ada yang nak cuba, meh kak rose tepek resepinya yang kak rose copy dari blog jasmin’s kitchen.

bahan :


6 buah pisang raja nangka~pilih pisang tua yang masih keras
 
200 gr gula halus
 
sedikit garam
 
kelapa parut ~ambil putihnya saja




cara membuat :


rebus pisang beserta kulitnya hingga empuk. kak rose buang dulu kulitnya
 
setelah masak, angkat dan toskan
 
selagi panas, haluskan. campurkan gula dan garam.
 
tumbuk hingga halus benar.
 
padatkan di loyang. potong2 setelah dingin.
 
hidangkan dengan kelapa parut.

 kak rose buat bentuk lap u lap me dan makan dengan kelapa muda yang dicampur sedikit garam.

 ni la dia pisangnya yang katanya akan masak dalam masa dua hari tu… tapi sampai dua minggu masih hijau cenggini! tuan kedai berbohong atau kak rose yang tertipu? huhu..

dan ada jugak yang kak rose goreng cam ni… ni pun cik google yang suggest, rebus dulu baru goreng…. korehhhh! tak menepati citarasa, kalau lepas rebus tu terus jer ngap agaknya akan lebih sedap kot!

ep2p-2