Bila ada sale…

 dah seminggu baru dapat nak update pasal pergi sale kat kilang pinggan mangkuk ceramic ni… sejak duk kat penang ni dah banyak kali ada sale kat sini, ada je halangan yang buat tak dapat nak bersoping2 barang offer ni….dan ni first time dapat pergi… memang rambang mata dibuatnya, rasa macam semua nak amik jer… nasib baik en asben tolong peringat… yang masih dalam kotak asal belum bukak tu bila nak guna? slow down la kita pun…. huhu

 katanya semua keluaran kilang ni adalah untuk export, memang cantik2 jer kat mata orang pompuan ni kan.. maklumlah hari2 pun pandang pinggan mangkuk kan…

 mug yang comel putih polos ni cuma tiga hengget jer… tapi dah ada baaaaanyak mug, so tak de nak belinya.

 mangkuk comel2 ni pun sangat lah menggoda jiwa raga..

 dan ni jer yang kak rose dapat… bila dah balik tu tertanya2 sendiri…. kenapa tak beli yg tu, yg ni?… ishhhh nak kena pergi lagi next sale ni.

balik dari sales tu beli somtam ni… hampeh tak sedap, cuma ada rasa manis jer! buat sendiri lagi sedap kot…. tapi yang istimewanya, guna mangkuk dan piring yang baru beli… hihi

ep2p-2