Udang masak lemak ciliapi

 ubat gatai dah mai!!!! tapi kadang2 tak pulak allergic to udang, ada masa macam tak leh nak amik, gatal semacam jer bila lepas makan tu… tapi bila dapat udang beso2 camni mana la nak lepas peluang kan. udang ni kak rose beli masa balik kampung rumah MIL tempohhari, 300tb/kg, about rm35/kg cam tu la depend on the exchange rate masa tu… bila g derang punya pasar pagi memang geram sangat, segala ikan dan udang sangat fresh.. tu yang bli sampai 3kg, frozenkan dan bawak balik… puasla makan udang kali ni.

 kali ni masak lomak ciliapi, tapi sebenarnya kak rose lagi suka goreng dan makan dengan nasi atau pun makan cam tu jer…. tapi en asben nak kan yang berkuah, jadi buat lah masak lomak ciliapi tak podeh ni.. tapi kak rose tek de sukatan yang exact, main taram jer asalkan tukang rasa kata sedap tu kira ok la dah kan…

bahan2:

udang
cili api… ikut la kepedasan memasing ya
kunyit hidup
serai
asam keping
garam
santan pekat

Cara:

1. tumbuk ciliapi, kunyit dan garam sampai lumat
2. serai diketuk
3. masukkan santan dan bahan tumbuk, serai dan asam keping, jerang sambil dikacau selalu hingga mendidih, jangan sampai pecah santan ya…
4. masukkan udang, biarkan masak sambil dikacau selalu
5. perasakan, kalau dah ok boleh matikan api..

dan alangkah nikmatnya bila masak lomak ciliapi ni digandingkan dengan ikan masin… bertambah2 nasik dan lemak2 dibadan pun bertambah dengan jayanya! apo nak dikato…. sedap punya pasal, esok kita g brisk walk, bakar balik kalori yang dah terkumpul tu…. kalau rajin la!

ep2p-5small