Snapchat Melancarkan Spectacles Dan Menjenamakan Semula Syarikat Menjadi Snap Inc

Hanya beberapa jam yang lalau kaca mata Spectacles buatan Snapchat tertiris ke arena web. Kaca mata merakam video ini kini secara rasminya diumumkan oleh mereka bersama dengan penjenamaan semula syarikat menjadi Snap Inc. Spectacles ialah kaca mata berkamera dengan lensa 115 darjah yang mampu merakam video sepanjang 10 saat.

snapchat-spectacles-1

Menurut pengasas Snap Inc Evan Spiegel, idea di sebalik Spectacles ialah bagi membolehkan pemakai merakam kehidupan mereka untuk memori di masa hadapan. Apabila menonton semula video yang dirakam, penonton dapat melihat memori dari pandangan pertama. Spectacles akan mula dijual musim luruh ini pada harga hanya $130 (~RM 536) sepasang. Ini adalah jauh lebih murah berbanding Google Glass yang mempunyai kemampuan serupa tetapi dijual pada harga ribuan ringgit.

Berita sedang dikemaskini.

ep2p-2