Karipap roti

 bila inti dah ada tapi malas nak menguli doh, ada kawan yang kongsikan cara yang paling mudah nak sediakan karipap. terima kasih Puan Ros yang mulakan dengan cara yang simple ni… dan untuk orang malas macam kak rose ni memang sesuai sangat la kan… cepat disediakan dan cepat jugak dapat ngapnya… dan Puan Rose ada jugak buat yang karipap roti nu yang versi goreng pulak… yg tu nanti lain kali nak cuba pulak..

 bahan inti ikut la suka macam mana nak buat… ada yang suka guna inti kentang, keledek atau telo rebus pun boleh gak… yang ni kak rose guna kentang dan daging cincang jer . dan kalau roti tak habis makan, nak tamat riwayat pulak… boleh la buat kulit karipap ni..

cara membuat karipap:

1. gelek roti hingga nipis dan potong bentuk bulat menggunakan cawan/mangkuk
2.
letak sesudu inti dan cantum kedua bahagian tepi dan picit sekeliling
tepinya. lepas tu gunakan garfu kecil untuk menekan tepi karipap.
3.
susun karipap atas dulang dan sapu telor hingga rata (pastikan tidak
banyak telor meleleh dibawah karipap sbb takut melekat pada dulang.
4. bakar karipap roti dengan kepanasan 180C selama lebih kurang 15 minits atau hingga perang.

Note:
karipap boleh dikeluarkan dari oven setelah 10 minit dibakar. balikkan
dan sapu telor pada bahagian yg belum disapu telor tadi dan masukkan
semula kedalam oven.

cara kak rose yg derhaka:
sebelah bawah karipap kak rose sapu butter dan sebelah atas sapu dengan
kuning telor dan tabur sedikit serbuk lada hitam. so x yah tebalikkan. rangup jer makan masa hangat2 tu.

ep2p-5small