Irfan, Darren dan Zaquan Diarah Pulang Buat Kim Swee Pening

ong-kim-sweeSelepas kem latihan Frank Bernhardt terganggu dengan ‘sikap tiada semangat kesukanan’ dari PBNJ apabila mengarah pemainnya pulang, 4 pemain JDT tiba-tiba bersara, terkini Ketua jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee, sekali lagi terhimpit, kali ini melibatkan tiga pemain utama Johor Darul Ta’zim (JDT) II yang diarah pulang ke Johor, semalam.

Tiga pemain berkenaan adalah Irfan Fazail, Darren Lok dan Zaquan Adha Abd Radzak yang terpaksa akur untuk meninggalkan kem latihan negara selepas mendapat arahan daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

BACA: Tiada Bukti Dalam Pendrive, JDT Lebih Perlukan Dominic Tan – TMJ

Alasan PBNJ adalah pemain JDT II terlalu awal melaporkan diri bersama skuad negara sedangkan mereka sepatutnya melaporkan diri seminggu sebelum aksi persahabatan kelas A berlangsung.

Mereka hanya dibenarkan kembali bersama skuad negara mengikut ketetapan kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).


“Sudah tentu program (yang diaturkan) agak tergendala sedikit tetapi saya tidak boleh terlalu memikirkan perkara yang negatif.

“Saya harus fikirkan lagi tentang apa perancangan masa depan kita,” tegas pengendali dari Melaka itu.

Dalam perkembangan yang sama, Kim Swee turut memanggil dua pemain kebangsaan, Nor Shahrul Idlan Talaha (Terengganu) dan Nasir Basharuddin (Perak) untuk melaporkan diri selewat-lewatnya hari ini bagi membantu memperkemaskan skuad negara ketika ini.

BACA: ‘Penyakit’ Tarik Diri Berjangkit Ke Pasukan B-22 Negara

“Saya mengambil keputusan untuk menambah dua pemain, Norshahrul Idlan Talaha dan Nasir Basharuddin untuk bersama pasukan seelok-eloknya esok atau Jumaat nanti.”

Ong Kim Swee sebelum ini menyatakan dia memerlukan masa untuk membentuk pasukan baru kerana beberapa pemain utama kebangsaan sudah bersara dari mewakili negara.

stadiumastro

Comments

comments

ep2p-2