Homemade Ikea meatballs

 Homemade meatball dan kisahnya… Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2 semua…. semalam pagi tak leh nak jalan briskwalk sbb hujan… dan bila duk tak de kerja mula la mereka reka apa yang nak dibuat…. kebetulan dah beberapa hari jugak terbayang kan meatball ala ikea yang pernah buat dulu… nak beli yg ready made tapi en asben a bit reluctant to it sbb takut entah daging apa yg diguna katanya… ok la kita buat sendiri jer… memang boleh berpoloh nak menyediakan nya! 500gm daging pun rasa nak give-up mencincangnya!

 memula tu kena lah tanya cik google, cari resepi dan banyak jugak refer macam2 resepi, last sekali amik yang Ayu punya… gigih mencincang daging frozen…. really buat from stratch, tak nak guna mince meat atau pun daging beger tu… dan pas tu gaulkan dengan segala mak nenek bahan2nya..

 konfident sungguh masa ni, dah rehatkan terus lah bulat2kan sambil jerang air panas untuk merebusnya..

 nak cepat jer siapnya… bila melegak jer air terus la masukkan semua yang dah siap bulat2 ni…

 uwaaaaa!!!! nak nanges rasa bila tengok bebola daging relai dalam periuk! dah tak jadi bulat bulat tapi macam bola yang menggerutu semuanya… orang buat kukus tapi kak rose nak cepat terus rebus jer… dan ni lah hasilnya bila menderhakan resepi asal!

 dan yang separuh lagi kak rose alter, blend kasi halus… ada rujuk resepi yang buat cam ni, seakan paste… blend kering dan tambah sesudu kecil tepung lagi… so cam ni la jadinya…

 dan sekali lagi buat bulat2 sebelum direbus..kali ni soooo anxious nak tunggu whether masih relai ke tidak…. Alhamdulillah, kira berjaya dah kali ni…. suka sangat!

tadaaaa…. kan cantik sikit….. baru la puas hati dengan kejadiannya. pas ni boleh la terus buat resepi macam ikea tu… just goreng the meatballs, fries dan sedikit sayur… jangan lupa sediakan sosnya. terima kasih pada Ayu yang kongsikan resepinya…. mohon izin nak panjangkan kat sini pulak ya..

Homemade Ikea Meatballs

Bahan-bahannya:

Boleh dapat lebih dari 30 biji

Daging kisar  Ramly (yang macam 2 slices daging burger tu)-(Ayu gunakan 500g daging kisar)

Bawang
putih – optional, aku tak letak pun-(Ayu letak 1
sudu makan bawang putih kisar)

Sebiji
bawang besar Holland – dicincang halus

Bread
crumb – takde so aku guna biskut Cream Cracker yang diblend-(Ayu letak 8 sudu makan bread crumbs)

 1/3 cawan tepung gandum-(Ayu
gunakan 3 sudu makan)

 2 biji telur yang dikocok dahulu

 1 sudu kecil serbuk lada hitam-(Ayu gunakan 4 sudu kecil lada hitam)

 ¼ cawan susu-(Ayu gunakan
1 sudu makan aje)

 1  sudu makan halia kisar-(Ayu tambah)

Sedikit minyak untuk mengguli

 Garam secukup rasa +perasa –(Ayu tambah)

 Cara-caranya:


Sediakan periuk kukusan terlebih dahulu.

 Mula-mula
masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam, tepung gandum, susu,
telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata dan sedia untuk membuat
meatball.

 Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya
bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk
kukusan selama 10-15 minit.

Kak rose rebus bebola tu, bila dah timbul barulah angkat dan toskan.

frozen home made meatballs, simpan dalam zipper bags… nanti bila2 nak guna just defrost n goreng.

tips untuk simpan frozen cara kak rose: susun jarak2 atas tray, simpan dalam freezer dan biarkan beku dulu barulah masukkan dalam zipper bag tu… nanti dia tak akan melekat at each other.

ep2p-5small