Chocolate chips famous amos cookies

 antara cookies yang kak rose buat masa raya haji baru ni, balang pun dah basuh simpan tapi nak jugak tepek kat sini… buat kenangan masa nanti2 kan… resepinya dari sifu blogger masak2 yang dulu aktif di blog…. tapi kini ramai yang dah beralih ke IG, FB dan lain medium… kak rose jer masih sayangkan dapo maya ni… sayang jugak kalau terbiar tak berupdate kan…

Bahan-bahan ayak :

  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam

Bahan-bahan lain :

  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis – optional
  • (kak rose  gajus )

Cara-cara :

  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan
    adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi
    bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang
    pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU
    SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES
    PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

ep2p-5small