Panduan permohonan online Maktab Tentera DiRaja 2017 MTD

Panduan permohonan online Maktab Tentera DiRaja 2017 MTD.

Permohonan Kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 Sesi 2017 kini telah di buka untuk pelajar PT3 tahun 2016. Permohonan Kemasukan Putera 2017 secara Online ini akan dibuka bermula dari 5 Ogos 2016 sehingga 30 November 2016.

Panduan permohonan online Maktab Tentera DiRaja 2017 MTD

Permohonan online Maktab Tentera DiRaja 2017 MTD 

Berikut dikongsikan panduan membuat permohonan online Maktab Tentera DiRaja 2017 MTD:-
 Permohonan kemasukan adalah melalui pengisian borang permohonan secara atas talian melalui laman web www.rmc.edu.my
 Tawaran terbuka kepada murid Tingkatan 3 tahun 2016
 Tarikh tutup permohonan ialah 30 November 2016
 Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian telefon 03-8946 5565/ 03-8965 5562.

Syarat Permohonan
Syarat-syarat kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 tahun 2017 adalah seperti berikut:
 a. Warganegara Malaysia.
 b. Jantina – Lelaki.
 c. Tinggi Minimum – 152 sm.
 d. Berat Minimum – 40.5 kg.
 e. Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27.
 f. Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
 g. Penglihatan – baik dan tidak rabun warna. (Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12).
 h. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri
jika melakukan aktiviti lasak.
 i. Memperolehi keputusan yang baik di dalam peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan Tiga) PT3 Tahun 2016 termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Permohonan boleh dibuat namun keputusansama ada layak menghadiri temuduga hanya akan dimaklumkan selepas keputusan PT3 diumumkan.
 j. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam sukan, kelab,persatuan, pasukan beruniform dan muzik.
 k. Calon-calon yang layak akan dimaklumkan status permohonan mereka
melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
 l. Sesi temuduga bagi calon-calon dari Semenanjung Malaysia akan diadakan pada minggu kedua Januari 2017, manakala bagi calon-calon dari Sabah dan Sarawak akan diadakan pada minggu ketiga Januari 2017.
 m. Hanya calon yang berjaya dalam temuduga akan ditawarkan mengikut
pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2017.
 n. Sepanjang tempoh pengajian, pelajar tidak dikenakan sebarang bayaran (kecuali yuran PIBG, yuran kecemerlangan akademik, insuran dan kebajikan). Semua kemudahan yang disediakan adalah diberi secara percuma yang meliputi sajian, penginapan, buku teks, buku kerja, buku tulis dan alat tulis serta uniform. Selain itu, pelajar juga akan diberikan elaun wang saku sebanyak RM100.00 pada tiap-tiap bulan

Kepada pelajar PT3 yang berkelayakan dan berminat boleh memohon permohonan online Maktab Tentera DiRaja 2017 MTD.Semoga semua calon yang memohon berjaya.

Sumber : Iklan Kemasukan MTD

Komen anda?

Komen

ep2p-2