Mee hoon goreng kunyit

 something different n simple, mencuba mee hoon goreng kunyit ni untuk dinner semalam..

1 bungkus bihun (400g) – direndam dlm air biasa hingga lembut -toskan

  • 1 keping dada ayam

  • 2 bungkus fishball/ 4 keping fish cake 

  • 2 biji telur

  • 1/4 biji kobis – dihiris halus

  • 1 ketul brokoli -potong floret ( x de)

  • 2-3 biji cili hijau -dihiris (optional)

  • 6 ulas bwg merah – hiris

  • 3 ulas bwg putih – hiris/ketuk

  • 1 s/ kunyit serbuk

  • 1/2 kiub pati ayam (boleh gantidengan udang kering tumbuk)

  • garam & perasa

  • minyak utk menumis

  • 1 s/k lada sulah (jika suka)

  • 2 cawan air
  • Cara-cara

  • Panaskan minyak masak lalu tumiskan bwg putih & bawang merah hingga wangi.
    Masukkan ayam & kacau2 hingga ayam bertukar warna.
    Masukkan fishball/fishcake.Kacau2 lagi hingga ayam masak.
    Tolak sedikit bahan2 ketepi kuali lalu pecahkan telur & biarkan telur masak.

    Kacau sikit telur biar jadi agak hancur(scramble) & berketul2.
    Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata.
    Masukkan semua sayuran & air sebentar.
    Bila
    air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah
    hingga bihun masak.(Sambil dikacau boleh potong bihun yang panjang2
    dengan sudip agar bihun tak bergumpal semasa mengacau.

    PERINGATAN:-Jangan
    sesekali rendam bihun dalam air panas utk membuat bihun goreng kerana
    bihun akan jadi lembik bila menggoreng.)

ep2p-2