Ubi getuk goreng

 kuih ubi pebret kak rose… selalu kalau beli tu derang mesti buat macam bebola tu kan, tapi kak rose suka suki buat cam ni…. canaikan dan potong2, pastu salut tepung dan gorengkan… rasa tetap sama cuma bentuk jer dah tak jadi bebola ubi lah kan…sangat lah sedapnya bila cicah dengan sambal kicap jawa ni…style orang johor, kalau makan gorengan mesti ada sambal kicap ni…. sapa orang johor mesti setuju kan.

kalau ada yang nak cuba buat kuih ubi ne, kak rose kongsikan resepinya kat sini ya.. terima kasih pada cmg, tuan punya resepi asal.

Bahan-Bahannya :-)
Ubi kayu secukupnya
Kelapa parut putih, gunakan kelapa sedikit muda
Sedikit gula halus
Bancuhan
tepung untuk menggoreng (mat guna tepung gandum 3/4 cawan + Sedikit
garam + 1 cawan air + sedikit pewarna kuning, gaul sebati hingga tidak
berbintil2 @ bancuhan tepung beras seperti menggoreng pisang)
Sambal kicap

Cara membuatnya :-)

  1. Ubi
    kayu dikerat2, kupas kulit, cuci dan belah2, rebus bersama sedikit
    garam hingga empuk. Toskan dan letak dalam bekas. Campur sedikit gula
    (anggaran 1 camca teh) dan juga kelapa parut putih. Lenyek atau tumbuk
    perlahan menggunakan anak lesung batu hingga hancur dan semua bergaul
    rata. (Kalau tak nak goreng dengan tepung, boleh alih ke dalam loyang,
    tekan2 hingga padat, potong dan hidangkan).
  2. Kemudian buatkan
    bentuk bebola (mat gunakan scoop ice cream untuk mendapatkan bentuk
    sekata). Buat hingga siap. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng
    terendam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya atas paper
    towel. Hidangkan bersama sambal kicap untuk minum petang atau pun
    sarapan pagi..
 

 kalau rajin nak buat bulat2 cam bebola ni pun cantik jugak kan…

ep2p-5small