Mee udang….lagi

 bila rasa nak makan mee ynag berkuah, ni lah resepi yang terbayang di kepala…. buat berkali2 pun tak jemu. sedap dan simple penyediaannya… bahan pun tak banyak berjela, mostly yang dah ada kat dapor… senang lah nak sediakannya kan.. kuahnya boleh sediakan awal2 dan bila nak makan cuma curahkan atas mee yang dah ready dalam pinggan tu… terima kasih pada Ros jintanmanis yang kongsikan resepi mudah ni. kalau kawan2 nak buat untuk menu jamuan open house pun ok gak kan.. sedap, pasti tak rugi mencubanya nanti.

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti (kak rose guna mee kuning tu)
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air

bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus (kak rose gantikan dengan sawi jer)
2 biji telur rebus
bawang goreng

Caranye

1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan
minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi,
pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili
tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2.
sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk
dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan
rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan.

3.
Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah
mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan
garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat,
agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut
arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2
sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur
kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan,
letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan
kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur
sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki
minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi
warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.

ep2p-5small