Mee hailam yang sedapppp

 itulah nama menu yang diberikan oleh tuan punya resepi…. dan memang begitulah jugak rasanya, memang sedappppp walaupun mee yang kak rose buat ni tak de sotong dan sayur sawi, tapi ianya tetap sedap sangat. tak de sawi kak rose gantikan dengan kubis panjang sbb sayur tu jer yang ada dalam fridge waktu tu…. kira ok la tu kan, yang penting gandingan segala isi dalam tu yang membuatkan mee  ni sangat instimewa walaupun ni lah pertama kali kak rose buat mee hailam.. terima kasih Azie Kitchen yang kongsikan resepi ni… mohon izin nak cnp ya.



Bahan bahan:


300 gm udang sederhana besar


300 gm daging/isi ayam (tak letak)


3 ekor sotong saiz besar


1 peket fish ball



Bahan sos:


3-4 sudu besar kicap manis


1 sudu besar kicap cair


2 sudu besar sos tiram


1 sudu kecil minyak bijan


1 sudu besar sos cili


2 sudu besar sos ikan



Sayur sayuran:


Sedikit sayur sawi


1 batang carrot


2 biji tomato



Bahan kisar:


2 sudu besar cili 


4 ulas bawang merah 


3 ulas bawang putih 



1 paket mee kuning


4 cawan air


3 biji telur


2 sudu besar tepung jagung – dibancuh dg air


Garam 


Daun sup



Cili merah

 

Cara cara:


Panaskan sedikit minyak dan tumis cili
dan bawang kisar sampai pecah minyak dan kemudian masukkan ketulan isi
ayam sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh lah dimasukkan air.
Masukkan karot dan batang sawi, masak sampai kuah hampir mendidih. 



Masukkan semua sos cili, sos tiram, minyak bijan, kicap manis dan cair, sos ikan dan kacau rata.



Masukkan udang serta sotong dan kacau
semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup
tambah ikut selera masing-masing. 



Masukkan telur sebiji demi sebiji dan
biar sekejap sampai telur masak sebelum dimasukkan sayur sawi, buah
tomato dan kacau. Apabila telur mengeras, saya keluarkan dari kuali
untuk mengelakkan ianya menjadi hancur.



Masukkan bancuhan tepung jagung dengan
sedikit air untuk menjadikan kuah pekat. Kacau rata dan kalau kurang
masin baru la ditambah garam.



Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur.



Bila nak hidang boleh la diletakkan telur yang dikeluarkan tadi, ditabur daun sup, cili merah dan juga bawang goreng.



Nota:


Boleh dicelur mee dan tuang kuah apabila
hendak dihidangkan untuk mengelakkan kuah menjadi terlalu kering dan
mee terlalu kembang.

ep2p-5small