Iceland cuba lupakan mimpi indah tumpaskan England

PEMAIN-PEMAIN Iceland menjalani latihan di Annecy semalam untuk ANNECY 1 Julai – Kemenangan mengejut Iceland ke atas England yang meletakkan diri mereka dalam suku akhir Euro 2016 terus menjadi bahan lawak di dalam media sosial.

Penyerang Iceland, Kolbeinn Sigporsson dianggap wira oleh pasukannya selepas menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan itu manakala kekalahan itu menandakan berakhirnya kerjaya Roy Hodgson sebagai pengurus England.

“Ros adalah Merah, Violets adalah Biru, Kami keluar dari Euro, dan dari EU #engice,” sindir seorang peminat England selepas kekalahan mereka pada Isnin lalu dan juga referendum Brexit.

Kini pasukan tuan rumah, Perancis pula akan cuba mengelak daripada menjadi satu lagi mangsa jenaka apabila berdepan pasukan kerdil dari wilayah Nordic itu dalam perlawanan suku akhir di Paris. Sebahagian besar daripada 330,000 penduduk Iceland sudah berada di Perancis untuk menyokong pasukan mereka.

Dalam pada itu, suasana di kem Iceland nampak tenang. Sidang akhbar mereka juga banyak diselangi dengan jenaka di samping kata-kata yang menunjukkan keyakinan tinggi.

“Ini adalah perlawanan yang paling besar dalam sejarah kami.

“Saya tidak fikir mana-mana pasukan akan memandang rendah kepada kami selepas kejayaan menewaskan England,” kata pemain tengahnya Birkir Bjarnason.


Iceland mempunyai dua jurulatih iaitu Heimir Hallgrimsson, yang bekerja separuh masa sebagai doktor gigi, dan Lars Lagerback dari Sweden.

“Kami adalah pasukan di belakang pasukan ini,” kata Lagerback.

Mereka telah bertugas bersama sejak 2014 tetapi ini adalah usaha bersama terakhir mereka dan Hallgrimsson, 49, akan mengambil alih pasukan Iceland selepas Euro 2016 sebagai ketua jurulatih.

Liputan pihak media di negara paling kecil dalam kejohanan utama itu semakin melonjak sejak kemenangan ke atas England.

“Perkara ini sedikit gila,” kata pegawai akhbar Omar Smarason.

Wartawan ingin tahu rahsia di sebalik kejayaan Iceland, tetapi jawapan yang mudah adalah kerja keras.

“Kami telah menetapkan garis panduan untuk bekerja, iaitu mewujudkan standard di dalam dan di luar padang.

“Contohnya, standard menjadi sedikit merosot dan akibat keghairahan kemenangan (ke atas England) beberapa pemain kami lewat untuk makan malam pada hari berikutnya. Biasanya kami fleksibel, tetapi itu adalah salah satu perkara yang kami bincangkan.

“Jangan fikir anda telah melepasi cabaran hanya kerana anda mengalahkan England. Saya rasa cara terbaik untuk mencabar pemain bola sepak adalah untuk bertanya jika dia 100 peratus profesional,” tegas Lagerback. – AFP/Utusan

Comments

comments

ep2p-5small