Video : Tun M Elok Tutup Mulut Sebelum Dikata Nyanyuk, Kata TPM

Oleh : Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA KANGSAR –  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tutup mulut sebelum dikatakan nyanyuk.

 

Beliau berkata demikian selepas Tun Mahathir menyindirnya supaya tidak melibatkan diri di dalam politik dan hanya layak menjadi ahli perniagaan sahaja.

 

 

“Saya pun rasa dia (Tun Mahathir) elok tutup mulut sebelum orang kata nyanyuk itu sahaja penjelasan saya.

 

“Jangan tanya lagi mengenai dia. elok tutup mulut sebelum orang cakap dia nyanyuk,”katanya selepas mengadakan lawatan ke Markas Taktikal (Martek) pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di sini hari ini.

 

Terdahulu, Ahmad Zahid memberi kata dua kepada Tun Mahathir jika mahu kembali semula bersama UMNO, beliau bersedia untuk menerima dan mempertimbangkannya.
Beliau mahu Tun Dr Mahathir kembali bersama UMNO sebelum meninggal, kerana tidak mahu mengikuti beberapa ahli UMNO yang mempunyai rekod presiden UMNO meninggal di luar parti, antaranya Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

 

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengumumkan pembinaan sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak khusus untuk anak-anak anggota polis.

 

 

MRSM tersebut merupakan yang kedua seumpamanya selepas yang pertama di Kulim, Kedah, bagi menempatkan anak-anak anggota polis yang layak dari seluruh negara.

 

Selain itu, bayaran elaun khas kepada anggota polis yang terlibat dalam PRK Kuala Kangsar dibayar sebelum Aidilfitri bagi menghargai sumbangan mereka dalam memastikan proses pilihan raya kecil itu berjalan lancar.-SuaraTV

 



This entry was posted in Terkini. Bookmark the permalink.