Siri menambah lemak…

 siri menambah lemak yang berderet2 selama tiga hari berturut… iced caffe mocha n iced lemon tea.  tu tak masuk lagi yang in between yang berpinggan2 makan, yang tapau lagi, semuanya yang sangat fattening. tapi selalu pujuk hati dan diri sendiri…. ala bukan selalu… dan nanti bulan puasa kita makan seadanya saja la kan… tapi itu semua boleh caya ker? entah masa berbuka nanti lebih dari yang ni kan?..

 spaghetti bolognese yang sedap… laju jer tuannya makan!

 beef lasagne… dalam mangkuk yang comel… masa memula tu ingat mesti tak kenyang sbb nampak cenonet jer mangkuk dia kan… tamak sungguh selera ni!

 tak larat nak makan dah… so mintak tapau jer… slice of choc fudge n choc indulgence. tamak punya pasal, end up keras kejung dalam fridge.

 fried kuay teow of penang nyonga di Subang Parade… sedap, rindu sangat nak makan kway teow yang macam ni… jauhnya nak makan ni, kat penang pun tak dapat makan yang cam ni… ke akk rose yang tak tau nak oder? selalu dapat yang berkuah tu… and that is not what i want, and not my liking too!

 nasi borjari… nasi tasteless, only the ayam goreng yang sedikit memberi rasa… not recommended lah! sambal punyalah banyak…. tak terusik pun.

 Nooodles Skypark’s yong chow fried rice… tukang makan kata rasa so so jer…

 cantonese kuey teow yang kurang garam, and not so tasty… kicap n cili pun x dak! sudahnya tak habis makan… masak sendiri lagi puas hati rasanya! dan wa sangat tipilanjat bila tengok itu bill harga nescafe o tanpa gula tu ialah 6.90…. cam ni kak rose nak bukak kedai jual minuman lah… hihi

ni la tukang yang rajin tambahkan lemak kat mamanya.

ep2p-5small