Iftar #2 cek mek molek

 Alhamdulillah, selesai sudah menjalani ibadah puasa hari yang kedua dan terawih ketiga. semuga terus diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus meyempurnakan ibadah dibulan ramadan ini, Insya Allah. dan yang penting dapat jugak siapkan juadah berbuka untuk keluarga, walaupun simple tapi semuanya dari dapur sendiri… harap tak terjebak dengan param yang segala macam ada terjual… tak nak pisang berbuah berkali2 bila membeli, juadah tak seperti yang diharapkan… so lebih baik masak sendiri jer since office pun memang kat dapo kan… tapi buat yang berkerja dan tak punya banyak masa, mungkin param adalah jalan penyelamat…

 kak rose cuba untuk sediakan buah untuk setiap hidangan… gigih g ke rope walk untuk stock up buah2. untuk tidak menjemukan, kenalah beli banyak macam, so boleh pilih2 nak makan yang mana kan… selera berpuasa ni macam2 hendaknya!

 kuih cek mek molek yang beso2 tembam… makan dua biji dah kenyang… sudahnya sampai kesahur pun ada lagi. so pagi tadi sahur macam biasa dengan 2 keping toast n nescafe o dan ada additional kuih ni… tak baik membazir kan…

 pertama kali buat gulai cendawan tiram dan ayam ni… memula tu tengok resepi gulai ni campur udang, memandai la kak rose derhakan, kita yang buat dia kan… dan bila digandingkan dengan ikan kurau masin, memang umphhh lah.

udang goreng salut dengan tepung bistari yang pedas berasap… memang tak tahan dengan pedasnya, lain kali kalau nak beli kena tengok pack yang yang tak pedas loooo. Alhamdulillah dengan rezkinya…. menu simple kak rose, mana tau boleh jadi inspirasi kawan2 diluar sana untuk siapkan hidangan petang nanti kan…

ep2p-5small