Hodgson Letak jawatan, Kekalahan Terburuk Dalam Sejarah England

ROY Hodgson meletak jawatan sebagai pengurus England selepas skuadnya ditewaskan 2-1 oleh Iceland sekaligus tersingkir daripada saingan Euro 2016.

Hodgson gagal meneruskan tugas sebagai pengurus yang membawanya kepada peletakan jawatan sejurus sidang media sebaik sahaja perlawanan berakhir.

Pembantu Hodgson, Ray Lewington dan Gary Neville turut meninggalkan posisi masing-masing.

“Kontrak saya akan berakhir selepas Euro 2016, jadi inilah masa yang paling sesuai untuk untuk orang lain melihat pasukan pemain-pemain muda berbakat.

“Mereka sangat menakjubkan dan telah menjalankan tugas yang telah diarahkan. Saya sering mengingatkan mereka agar tidak mudah berputus asa dan menarik diri pada saat akhir.

“Saya tidak melihat salah satu daripada perkara itu berlaku. Mereka sangat teruja untuk bermain dan komitmen menjadi contoh terbaik.

“Kakitangan saya turut meminta untuk bercakap bagi pihak mereka. Mereka datang bersama dan akan pergi bersama saya.


“Akhir sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua kakitangan sokongan, para pemain, FA dan sudah tentu kepada semua penyokong. Ia satu perjalanan menakjubkan dalam tempoh empat tahun. Kami sudah cuba melakukan yang terbaik.

“Juga kepada pihak media di atas sokongan yang telah diberikan. Saya meminta maaf kerana ianya berakhir dengan keadaan begini, tetapi perkara telah berlaku.

“Apa yang boleh saya buat adalah berharap suatu hari nanti England akan mara ke kejohanan utama dengan berjaya yang gagal dicapai oleh kami,” jelas Hodgson.

Hodgson merupakan pengurus England yang mendapat bayaran paling tinggi, 3.5 juta pound setahun dalam kontrak bersama FA.

Namun gagal meneruskan tugas sebagai pengurus berbanding dengan jurulatih Iceland, Lars Lagerback yang hanya dibayar 346,000 pound setahun.

Sementara itu kekalahan skuad kendalian Roy Hodgson itu bukan sahaja dikritik hebat malah dijadikan bahan jenaka di kalangan penyokong skuad The Three Lions.

Ada di kalangan penyokong mencadangkan agar Hodgson mengambil alih tugas Perdana Menteri Britain, David Cameron ‘kerana beliau akan menjadi calon terbaik untuk mengemudi negara itu keluar dari Eropah’.

Beberapa bekas pemain England turut tidak ketinggalan membidas kegagalan England meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir.

“Kekalahan teruk dalam sejarah kira. England ditewaskan negara yang mempunyai banyak gunung berapi berbanding pemain profesional. Iceland bermain lebih baik,” tulis bekas penyerang England, Gary Lineker di laman Twitternya.

“England – menyedihkan, mengejutkan, tidak cekap,” kata Alan Shearer.

Sementara itu, Peter Crouch yang pernah mewakili England pada dua perlawanan Piala Dunia turut mengkritik corak permainan anak buah Hodgson itu.

Comments

comments

ep2p-5small