Biskut gajus

 Asalamualaikum dan selamat pagi ya kawan2… jom pagi ni kak rose nak share biskut gajus yang kak rose buat petang semalam… bz dengan cookies, menu bukak puasa pun masak yang simple2 jer… kak rose buat kuey teow kungfu pebret jer untuk iftar… yang penting air teh o yang banyak dan jugak buah2.. en asben makan kuih akok, pebret dia la tu… lepas terawih tu join kawan2 kat sini buat bbq pulak… tapi bila dah kenyang, ayam dan daging kambing bakar tu cuma rasa sikit2 jer.. so tak de nasi la malam semalam… kak rose ada tolong buat 2 bungkus mee hoon goreng, cuma mampu pandang saja… tak de space nak letak dalam perut! harap2 hari ni tak la melepet sbb tak dapat nasik!

 jom kak rose kongsikan resepi biskut gajus yang kak rose cnp dari blog Arah, mekasih ya.. soooo rangup n sedapnya…

Bahan-bahan:

2 biji kuning telur

180 g gula halus 

280 g mentega

320 g tepung gandum 

120 g gajus } dipanggang kemudian
dikisar halus

1/4 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)

1 sudu kecil esen vanilla

sedikit gajus di belah 2

 utk hiasan

2 biji kuning telur } utk disapu

Bahan-bahan:
K

2 biji kuning telur
180 g gula halus
280 g mentega
320 g tepung gandum
120 g gajus } dipanggang kemudian dikisar halus
1/4 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit gajus di belah 2 } utk hiasan
2 biji kuning telur } utk disapu

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ


Cara membuat:

Pukul mentega dan gula hingga sebati.

Masukkan telur sebiji demi sebiji
dan esen vanilla, kacau sebati.

Tepung gandum diayak bersama serbuk penaik.

Masukkan campuran tepung dan serbuk gajus ke dalam
adunan, kacau sehingga menjadi doh yg sebati.

Canaikan doh setebal 1cm kemudian terapkan menggunakan
acuan yg digemari

Letakkan gajus diatasnya kemudian sapu dgn kuning telur

Bakar di dalam oven sehingga masak.

Oven 180C. Sejukkan di
atas cooling rak kemudian simpan di dalam bekas kedap udara.

ep2p-5small