Video : Anak Calon BN Yakin Ibunya Bakal Meneruskan Amanah Arwah Ayah

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA KANGSAR –  Anak kepada Allahyarham Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Wan Emir Astar yakin ibunya bakal meneruskan amanah arwah ayahnya.

 

Beliau berkata demikian selepas ibunya diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar di kawasan itu, petang semalam.

 

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pimpinan tertinggi BN kerana memberi kepercayaan kepada ibu kami untuk menyambung amanah yang pernah dipikul oleh arwah bapa kami. Kami yakin (kepada ibu) demi meneruskan legasi dan hasrat (arwah ayah) di Kuala Kangsar.

 

“InshaAllah kami (seramai 4 beradik) akan (membantu ibu) apa yang perlu dilakukan semampu yang boleh,”katanya.

 

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura yang juga balu Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad dipilih sebagai calon PRK Kuala Kangsar.

 

Mastura, 55, menerusi tayangan video berkata beliau tidak ikut serta dalam kempen yang dijadualkan bermula 5 Jun depan kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan dalam Islam.-SuaraTV

 

 



This entry was posted in Terkini. Bookmark the permalink.