Sidang DUN P.Pinang Dijangka Kecoh Dengan Isu-isu Panas

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-13, yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mei ini dijangka kecoh apabila terdapat khabar mengatakan isu-isu panas akan dibawa ke dalam sidang kali ini.

Seperti yang kita ketahui, Pulau Pinang kini ‘panas’ dengan isu Ketua Menteri, Lim Guan Eng apabila Setiausaha Agung DAP itu terpalit dengan penyelewengan tanah Taman Manggis dan pembelian rumah banglo mewah di Jalan Pinhorn…. Isu penyelewengan ini dikhabarkan akan dibawa ke dalam dewan dan dibangkitkan oleh anggota pembangkang di negeri itu.

Selain itu, isu panas yang bakal dibawa ke dalam sidang kali ini ialah cadangan Adun Tanjung Bungah DAP berhubung tempoh had Ketua Menteri Pulau Pinang selama 2 penggal…. Cadangan ini dikemukakan kerana dipercayai untuk membersihkan parti DAP yang kini terpalit dengan ‘kotoran’ hasil tindakan Guan Eng.

Menurut sumber yang diperolehi, usul Adun Tanjung Bungah berhubung tempoh Ketua Menteri ini telah ditolak… Walaupun usul ini telah ditolak, dikhabarkan Adun DAP itu bakal membangkitkan juga usul tersebut di dalam sidang kali ini.

Isu ini pasti membuatkan Dewan kecoh kerana Adun DAP terbabit tetap mahu membangkitkan usul ini ke dalam Dewan kali ini, walaupun telah diberi amaran keras supaya tidak membawa usul terbabit.

Seterusnya, sidang Dun kali ini bakal bertambah kecoh dengan isu ‘panas’ berhubung projek tambakan laut di negeri itu… Usul ini dikhabarkan telah diterima oleh Speaker Pulau Pinang.

Dengan isu-isu ‘panas’ yang dinyatakan ini… Sidang Dun Pulau Pinang kali ini dijangka akan kecoh, apabila isu-isu tersebut perlu dijawab sendiri oleh Guan Eng selaku Ketua Menteri dan pemimpin nombor satu di dalam negeri itu.

Pesanan buat Guan Eng dan pemimpin-pemimpin DAP pro Guan Eng… Jika usul-usul ‘panas’ ini dibangkitkan… Jangan cuba melarikan diri pula atau cuba menuding jari menyalahkan pihak lain… Jawab semua usul ini demi rakyat Pulau Pinang!! – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-2