#PRNSarawak : Nenek Calon DAP Tak Restu Cucu Jadi 'Barua' DAP


Abdul Aziz Isa yang bertanding di kerusi Batu Kitang yang menggunakan tiket DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada Sabtu ini, tidak mendapat ‘restu’ daripada neneknya.

Menurut nenek Abdul Aziz Isa, Mazuyin Abd Manan, beliau tidak merestui tindakan cucunya mencabar calon Barisan Nasional (BN) dalam PRN Sarawak di DUN Batu Kitang dan menggesa supaya rakyat Sarawak di kawasan berkenaan supaya tidak mengundi dan menolak cucunya.

Jelas Mazuyin, beliau kesal dengan tindakan Abdul Aziz Isa yang masih mentah untuk menentang kerajaan yang telah banyak membantu rakyat, khususnya rakyat di negeri itu.

Tambah Mazuyin, Abdul Aziz Isa perlu lihat diri sendiri yang masih mentah dan masih belum mempunyai kerjaya… Bagaimana Abdul Aziz Isa mahu membantu orang lain, sedangkan beliau sendiri tidak mempunyai kerjaya dan baru tamat pengajian.

“Saya tidak suka cucu saya cabar BN dan ini sebabnya saya berada di sini untuk menyokong calon BN di Batu Kitang, Lo Khere Chiang. Jangan undi Abdul Aziz, saya tak suka. Beliau masih muda dan belum mula bekerja, tetapi tiba-tiba mahu menentang kerajaan,” kata Mazuyin.

Macam ni punya calon DAP letak bagi menentang BN… Nampak sangat Abdul Aziz Isa ni dijadikan ‘barua’ atau tikus makmal untuk DAP… Nenek calon DAP ini sendiri telah pecahkan rahsia yang Abdul Aziz Isa tidak mempunyai kerjaya dan tidak layak dipilih untuk menjadi wakil rakyat.

Kalau Abdul Aziz Isa mahu menjadi wakil rakyat, Abdul Aziz Isa perlu mempunyai kerjaya dan mengukuhkan kewangan sendiri terlebih dahulu… Bukannya menjadi calon bidan terjun DAP untuk menentang kerajaan… Kesian kat nenek Mazuyin tu… Tak pasal-pasal terpaksa menanggung malu apabila mendapat tahu yang cucunya menjadi seorang ‘barua’ untuk parti DAP…

Dalam masa sama, Mazuyin yang ditanya pendapat jika Abdul Aziz Isa menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) satu hari nanti memaklumkan, beliau tidak mahu cucunya itu menyertai PBB dan mahu PBB menolak permohonan cucunya itu.

Walaupun Mazuyin tidak memberitahu mengapa beliau tidak mahu cucunya itu menyertai PBB, namun dipercayai ianya satu penyesalan yang dilahirkan Mazuyin terhadap Abdul Aziz Isa.

“Saya tidak mahu beliau dalam PBB. Saya sudah beritahu semua orang jika satu hari nanti beliau sertai PBB, mereka tidak patut terimanya,” katanya. – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-5small