Orang berbudi kita berbahasa..

  Asalamualaikum dan selamat pagi Isnin buat kawan semua… pada yang ada anak2 sekolah pastinya dah selesai kebizian menyediakan hadiah untuk guru2 disekolahnya…. macam jadi satu kemestian pulak buat anak2 mak berikan hadiah untuk guru kan… dulu masa anak masih bersekolah kak rose pun tumpang sibuk cari hadiah ni… apa pun selamat hari guru buat cikgu2 semua dan mintak dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan buat anak2 kita kan…buat kita yang SAHM ni, actually kita pun cikgu jugak kan…guru pada anak2 kita… sedari lahir hingga ke akhir hayat… tak de pencen, selagi hayat dikandung badan…

panjang lak pot pet kak rose ni… sebenarnya nak cerita kisah semalam ni… balik dari family day en asben kat lost world of tambun,  terus lah g membeli lauk2 untuk dinner malam tu.. en asben nak jamu team 7 orang anak buah dia yang datang dari KL yang tolong buat kerja semasa anak2 buah kat sini pergi berfamily day tu…  orang dah sudi nak tolong kita pun pandai2 la nak berbahasakan… so masaklah cara emergency kak rose sbb hari ni derang ni dah nak balik pulak. biasanya cuma g bawak makan nasik kandar jer… tapi kali ni nak pulak masak sendiri… so bersilat la kak rose kat dapo!

 memula sekali kena siapkan daging masak lomak cili api ni…. nak cepat empok daging tu kak rose masak guna pressure coker….masak guna santan cair 20 minit cam tu daging pun dah empok dan pas tu barulah masuk kentang dan santan pekat tu…. satu setengah kilo daging dengan 2 biji kelapa memang pekat kaw2… suka tengok derang makan bertambah2… tinggal sedikit jer baki daging… happy tukang masak bila tetamu berselera dengan apa yang kita masak kan..

dua ekor ikan siakap masak tiga rasa…. bahan untuk garnish pun tak ingat beli… cuma kak rose bubuh tomato dan batang celery yang dipotong dadu…Alhamdullilah habis jugak…. lagi happy tukang masak!

sayur campur dengan apa yang ada…. kubis bulat, holland peas, celery dan carrot… goreng dengan udang kecik2 yang hingga tak nampak bayang dek halusnya.. he he he. satu mangkuk beso kak rose goreng sayur ni…. happy lagi tukang masak ni… walaupun goreng sayur pun dalam masa kecemasan…

dalam kelam kabut tu sempat jugak buatkan chocolate chips muffin ni… mintak en asben tolong tengokkan, tapi tukang tolong tu asik sibuk nak mengedit gambo2 masa g family day tu pulak… sudahnya sendiri jugak yang kena siapkan… dia cuma sempat tolong bancuh air dan potong buah honey melon tu… tapi tak ter amik gambo pulak. buat team dari KL, terima kasih kerana sudi datang dan makan2 kat rumah kak rose ya… maafkan segala kekurangan.

ep2p-2