Lomak cili api tolo itik

 telor itik yang dah lama kak rose beli, masa belum balik kampung yang jaga mak sakit hari tu…sampai terlupa ianya ada tersorok dalam fridge, nasib baik jer tak rosak sbb dah lama terperap kan… bila teringat balik terus lah nak buat gulai lomak cili api ni… mmg pebret resepi ni, kalau ada belimbing buluh lagi la sodap kan… tapi kak rose cuma ada bendi jer, so masuk jer la buat teman tolo tu….

 tolo itik masak lomak cili api in the making, masa ni bendi tu tak masuk lagi… tunggu dah betul2 masak barulah kak rose masukkan bendi tu… so tak la lembik sangat nanti kan..
resepi dari ninie khuzaifah, kak rose tepek kat sini lagi ya….

bahan2

5 biji telur itik – boleh tambah

5 cawan santan – kalau kurang boleh tambah

1 helai daun kunyit

1 batang serai – saiz besar

Garam secukup rasa


bahan2 ditumbuk lumat:


10 biji cili api- kak rose guna 4 biji jer.

1 inci kunyit hidup

sedikit garam – secukupnya

cara memasak:


1. Bersihkan kunyit hidup , cili api dan ditumbuk lumat bersama garam . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama daun kunyit dan serai . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .


2. Pecahkan sebiji2 telor dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam periuk sebiji2 jugak hingga habis. perlahankan api dan tutup periuk. selepas 3-4 minit buka tutup periuk dan kacau perlahan2… jika telur dah keras boleh kacau perlahan2 dan pastikan telor tidak melekat didasar periuk. perasakan gulai dan bila telor dah cukup masak boleh la padam kan api dapur.

 ikan masin penambah selera… kalau ada masak lomak, kak rose suka gandingkan dengan ikan masin… memang bertambah2 makan nasik!

for the dessert, betik yang sangat manis…..

ep2p-2