Bubur a la mek d

 tengok iklan bubur mek d, teringin la pulak nak makan… itu lah tekak dan mata yang selalu mintak diturutkan permintaannya! so anak pun apa lagi, jom la ma kita g mek d, padahal baru 3 hari lepas pun lunch kat mek d di tesco sambil g beli grocery…. so mama pun dengan rajinnya offer diri nak buat sendiri… dan lepas makan bermangkuk2 tu, anak kata…” ma, ni dah lebih dari mek d dah ni”…. uih!!! kembang idung kaki tangan mamanya!

 segala mak nenek dayang pengiring untuk bubur tu… minus the kacang goreng yang buat sangat allergic tu…ikan bilis, ayam carik2, sambal kicap bodo2, bawang goreng, daun sup+daun bawang dan cili merah potong. makan bertambah2 dengan rasa tak bersalahnya……

resepinya…. meh kak rose kongsikan kat sini ya.

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan
  • * AKSESORI TAMBAHAN *
  • ikan bilis n kacang digoreng
  • lada jeruk
  • Cara-cara

  • Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  • Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  • Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  • Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk atau sambal kicap.

ep2p-2