Azwan Ali Kena ‘Basuh’ Dengan Doktor Sebab Kutuk Hospital

Kalau dulu pernah kecoh, bila video adik Neelofa iaitu Ameera dikatakan membanding-bandingkan sekolah kerajaan dan sekolah swasta dah pun dihentam netizen.. Kali ini, Azwan Ali pulak bakal dicaci netizen bila dia kutuk sebuah hospital swasta..

Adik Neelofa tu boleh la dimaafkan lagi bila buat video tu, sebab diri dia tu budak-budak lagi.. Kalau dah Azwan Ali ni nak dimaafkan atas sebab diri dia tu dah tua tak tahu nak fikir mana betul mana salah jugak ke?

Menerusi akaun Instagram, Azwan dah mengamuk sangat sampai mengkritik klinik dan hospital swasta yang didakwa tak mahu terima mangsa yang dipatuk ular sedang kritikal.. Segala ‘anti vennom’ untuk mangsa patuk ular tak ada di hospital atau klinik.. Hanya boleh dapat di HKL atau hospital kerajaan.. Tak tahu la siapa yang kena patuk ular, mungkin Azwan yang kena patut ular tu yang dia mengamuk sangat..

Dah sebut pasal hospital ni jangan terkejut la bila ada seorang doktor yang dah tertarik dengan status kontroversi Azwan Ali tu.. Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir telah tampil ‘membasuh’ segala kenyataan Azwan Ali di akaun facebooknya..

Doktor Abdul tampil membidas si Diva AA ni, Doktor tu maklumkan time ini adalah peluang untuk berbangga dengan kelebihan hospital kerajaan.. Pada yang rasa hina terhadap hospital kerajaan dan rasa mampu ke hospital swasta, sebab ada insurans sebenarnya tak semua penyakit boleh dirawat di hospital swasta..

Kalau ada pesakit yang datang hospital swasta dan ada penyakit yang hospital swasta tak dapat nak rawat, memang dorang akan suruh pergi hospital kerajaan.. Bila Azwan Ali nak tunjuk pandai, sekali kena ‘basuh’ dengan doktor..

Harap kenyataan balas dari Doktor ni akan dibaca oleh Azwan Ali, kata terakhir doktor pada Azwan ‘jangan bongkak dan hina doktor sangat’, kalau ada duit juta-juta atau kad insurans sekalipun, tak semua penyakit boleh dirawat di hospital swasta.. – MissA/UtaraNews.com

ep2p-5small