Apam pisang

 apam pisang yang gebus gebas dan moist…. x jemu menikmatinya untuk minum petang kami anak beranak…selalu kalau buat apam ni kak rose akan buat dalam acuan kecik2 tapi kali ni tak berapa nak rajin… so gedebuk terus sekali dalam loyang… senang keja kak rose kan, tapi waktu mengukus tu kena lebih lama la kan..

resepi sama yang pernah kak rose buat…. kalau baca komen2 tu adunan ni pun boleh bakar… so jadilah dia kek pisang. maybe nanti lain kali kalau nak buat kek pisang boleh la cuba resepi ni pulak kan..

Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega dicairkan (boleh ganti dengan minyak)
4 biji telor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (kak rose kurangkan jadi 3/4 cawan je)
secubit garam

cara-cara

tepung gandum diayak dengan baking powder n soda.
pisang dilecek halus dan digaul dengan garam
pukul telor bersama gula, masukkan mentega cair
masukkan tepung dan gaul rata
tuangkan kedalam loyang yg telah disapu butter
kukus selama 45 minit

ep2p-5small