Video: Anak Mami Mengamuk, Difitnah Ada Anak Haram

PULAU PINANG – Seorang wanita yang kecewa apabila diaibkan dengan fitnah mempunyai anak luar nikah di laman media sosial tampil membuat laporan polis, pagi tadi.

 

Munirah Abdul Latheef yang sedih menyifatkan tindakan tidak bertanggungjawab oleh indidvidu yang dikenali sebagai Salim Iskandar itu sebagai satu fitnah yang maha dahsyat.

 

“Saya membuat laporan polis ke atas pengaiban yang dibuat ke atas saya oleh Salim Iskandar dan ingin menegaskan sekeras-kerasnya (serta) menafikan bahawa anak yang dituduh itu anak (luar nikah) saya.

 

“Saya (telah) menikah dan melahirkan anak (tersebut) secara sah dan bukannya seperti yang digembar-gemburkan (kononnya) saya telah melahirkan anak haram, itu semua satu fitnah yang maha dahsyat macam mana nak jawab di akhirat nanti,” tegasnya sejurus selepas membuat laporan di IPD.