Vanida Imran Kecewa Tidak Dapat ‘Berandai’

KUALA LUMPUR – Pelakon Vanidah Imran, kecewa kerana tidak dapat berandai menerusi teater muzikal Randai ‘Cindua Mato’ yang dipentaskan di Istana Budaya, baru-baru ini.

 

‘Randai’ merupakan tarian gelombang tradisional masyarakat Minangkabau dari Pagaruyung, Sumatera Barat, mungkin merupakan sesuatu yang asing bagi masyarakat negara ini.

 

Menurut Vanidah atau lebih mesra dengan panggilan Vee ketika ditemui SuaraTV berkata, ia sudah pasti sebagai ‘platform’ untuknya belajar mengenai kesenian tersebut.

 

“Kalau ikutkan, setiap pelakon akan berandai dalam bulatan tu.

 

“Namun, disebabkan kesuntukan waktu dan jadual nak buat latihan dengan aktor dan timing itu akan akan menyukarkan proses itu,”katanya.