Rafizi Nak Jadi Pemburu ‘Penjenayah’ Ganti Pihak Polis


Kalau sebelum ini Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli layak diberi anugerah menteri paling dahsyat dan hebat dalam dunia lakonan! Sebab dia pandai berlakon seperti tangannya digari sehingga hampir seluruh rakyat Malaysia tertipu.

Kali ini Rafizi menyampaikan hasrat bahawa dia teringin sangat nak jadi pemburu ‘penjenayah’. Alaaaaa, ala-ala spy tu la tak pun penyiasat persendirian ke kan! Paling gempak mungkin Rafizi nak jadi macam ‘Detective Conan’.

Rafizi katanya nak jadi macam Detective Conan sebab dia nak memburu semua penjenayah yang terlibat dan bertanggungjawab dalam isu berkaitan  1Malaysia Development Berhad (1MDB). Mangsa pertama si sotong tersebut adalah jutawan Low Taek Jho.

Dengar kata Rafizi akan memburu Taek Jho melalui satu kempen yang diberi nama #1MDBWanted. Taek Jho merupakan antara individu pertama yang disenaraikan menerusi laporan yang dikeluarkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Esok Isnin 18 April, saya akan mulakan kempen #1MDBWanted dengan laporan terhadap Jho Low. Setiap minggu kita tumpu kepada individu berbeza berdasarkan penemuan di dalam Laporan PAC mengenai 1MDB.

“Laporan polis terhadap Jho Low akan dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi,” katanya

Mungkin Rafizi ni sebenarnya sudah tiada kerja lain agaknya, sampai nak tolong pihak polis buat kerja. Rajin pulak noh dia nak take over kerja pihak berkuasa ni, mulia betul hati si sotong ni.. Hahaha!

Bagi menjayakan cita-citanya untuk menjadi seorang pemburu penjenayah professional, Rafizi menyeru rakan-rakan sekutunya daripada puak Pakatan Harapan serta para aktivis pro pembangkang untuk membantunya.

Mengajak mereka untuk turut serta melakukan laporan polis terhadap individu yang terlibat dengan 1MDB. Kononnya dengan cara itu mereka dapat membongkarkan ‘rahsia penglibatan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal 1MDB.

“Saya minta jasa baik mereka yang membuat laporan #1MDBWanted menghantar maklumat laporan (seperti nombor laporan dan lain-lain) kepada saya di pautan yang saya akan umumkan esok.

“Hanya tekanan rakyat yang akan menggoncang mereka yang terlibat di dalam 1MDB untuk tampil memberi kenyataan mengenai penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam skandal ini,” katanya.

Antara nama individu-individu yang menjadi sasaran Rafizi adalah Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Casey Tang. – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2