Pulut serawa durian

 

 Durian yang kak rose beli masa g Thailand minggu lepas…. pening kepala bila satu kereta bau durian ni… tapi nak makan punya pasal bawak la jugak… tak murah pun sbb bukan musim kan… yg ni kak rose bli 4 biji ni cost me 720tb, about 85 hengget la duit kita… isi tak berapa, kulit jer yang tebal… so memang berat tang kulit jer. sebenarnya teringin sangat nak makan yang durian bangkok tu… tapi tak de la pulak… yg ni katanya durian kancing baju… macam pelik je namanya kan. apa pun dah selamat sampai rumah meh la kita buat serawa nih… mekasih CMG, kak rose cnp resepinya.

BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecik, guna 2 atau lebih)
700 ml santan kelapa segar
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 1/2 camca besar tepung gandum (kak rose omit yg ni… dah pekat dgn durian yg banyak)
3 camca besar air
Secubit garam
Gula, jika perlu

 
BAHAN PULUT :-)
1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul

** kak rose buat pulut tu sket jer, maklumlah 3 beranak jer nak makan, so kuah yang banyak tu kak rose makan cicah roti… best!)

ep2p-5small