PRN Sarawak : Dr. Johnical Calon BN Di DUN Engkili


Ahli Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dr Johnical Rayong Ngipa hari ini dinamakan Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Adenan Satem sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 akan datang.

Dr Johnical merupakan penyandang DUN tersebut, namun sebelum ini bertanding di bawah tiket Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Pengumuman ini dibuat Adenan ketika ucapan perasmiannya di Program Sejiwa Senada di Padang KPS Lama, Sri Aman.

Selain itu, Adenan turut mengesahkan penyandang bagi DUN Lingga, Bukit Begunan, Batang Ai, Balai Ringin dan Simanggang akan mempertahankan kerusi mereka dalam PRN nanti.

Mereka adalah Simoi Peri, Datuk Mong Dagang, Malcolm Mussen, Snowdan Lawan dan Datuk Francis Harden Hollis.

Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan pada 11 April untuk merintis jalan kepada pilihan raya negeri ke-11, yang akan menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan, bertambah 11 daripada pilihan raya negeri 2011.

ep2p-2