Penemuan Kapal 'Berhantu' Berusia 90tahun Di Segitiga Bermuda


Beberapa laporan dari polis mengumumkan bahawa, mereka telah menjumpai kapal besar berkarat dan usang, tanpa ketua kelasi telah belayar ke pulau itu. Ianya dianggap sebagai kapal jenis SS Cotopaxi, yang pernah hilang pada bulan Disember 1925. Sejak kemunculan kapal tersebut, ia telah menyebabkan timbulnya spekulasi yang kapal tersebut pernah hilang di Segitiga Bermuda.

Pada mulanya, tanggal 16 Mei pihak berkuasa Cuba ternampak sebuah kapal berhampiran zon tentera  barat Havana. Pada mulanya mereka menyangkakan ianya hanya kapal biasa atau mungkin penceroboh atau lanun.. Mereka cuba untuk menahan kapal tersebut dan menyampaikan sesuatu, mereka juga cuba untuk berkomunikasi dengan anak-anak kapal tersebut.. Namun ianya gagal..

Apabila mereka mendekati kapal tersebut, mereka terkejut apabila melihat kapal besar itu sebenarnya sebuah kapal lama yang berkarat dan usang.. Usia kapal tersebut dianggarkan hampir 90 tahun..

Nama kapal tersebut dikenal pasti sebagai SS Cotopaxi, nama kapal yang terkenal kerana pernah dikaitkan dengan legenda Segitiga Bermuda..

Suasana didalam kapal tersebut kosong, ianya seolah-olah telah ditinggalkan selama berabad lamanya.. Ia dipercayai hilang pada tahun 1925..

Sebuah buku log lama milik seorang kapten yang juga pemilik kapal SS Cotopaxi telah ditemui.. Buku log tersebut merekodkan kegiatan anak-anak kapal, tetapi tiada apa-apa bukti lain atau petunjuk mengenai apa yang berlaku kepada kapal itu sejak 90 tahun yang lalu..

Pakar Cuba, Rodolfo Salvador Cruz, percaya bahawa buku log kapten ini genuine. Dokumen ini penuh dengan maklumat berharga mengenai kehidupan anak-anak kapal sebelum kehilangan kapal tersebut, namun catatan buku log tersebut tiba-tiba terhenti pada tarikh 1 Disember 1925.

Pada 29 November 1925, SS Cotopaxi bertolak dari Charleston, South Carolina,  menuju ke Havana, Cuba. Kapal ini mempunyai anak-anak kapal seramai  32 orang, di bawah pimpinan Kapten W. J. Meyer, yang ketika itu membawa barangan kargo sebanyak 2,340 tan arang batu. Ia dilaporkan hilang dua hari kemudian, dan tidak pernah dijumpai selepas itu.

Polis mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci untuk menjelaskan tentang misteri kehilangan kapal itu dan kemunculan semula kapal itu secara tiba-tiba.

Masanya telah tiba untuk menyelesaikan misteri Segi Tiga Bermuda.

The Bermuda Triangle adalah kawasan yang ditakrifkan bebas atau diberi kelonggaran belayar  meliputi kawasan di antara Miami, Puerto Rico dan Bermuda, di mana berpuluh-puluh kapal dan pesawat telah hilang secara misteri dikawasan ni.

Walaupun banyak teori-teori yang pelik, kebanyakan ahli-ahli sains tidak menyedari kewujudan Segitiga Bermuda ni, dan mereka menyalahkan kesilapan manusia dan fenomena semula jadi punca kehilangannya.

Kemunculan semula misteri SS Cotopaxi sedikit sebanyak membuka mata mereka dan ‘mencabar’ mereka untuk mengkajinya semula. – worldnews

ep2p-5small