Pemimpin DAP Meroyan Najib Beri Sumbangan Kebajikan

Hairan dan pelik dengan sikap pemimpin-pemimpin DAP… Mereka tidak boleh melihat pemimpin kerajaan melakukan sumbangan kebajikan kepada rakyat… Sekiranya pemimpin kerajaan melakukan sumbangan pasti dituduh menggunakan wang haram, boros dan sebagainya.

Yang terkini, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng meroyan apabila mengetahui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melakukan sumbangan kebajikan kepada rakyat sebanyak RM55 juta melalui pembekal kain, Jakel Trading.

Untuk pengetahuan, Jakel telah dipilih oleh Najib sebagai pembekal kain untuk menyalurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa bencana alam dan kepada anak-anak yatim ketika menjelang hari perayaan.

Lim telah menuduh Najib telah membelanjakan sebanyak itu hanya untuk pakaian isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur dan telah membuat laporan polis berhubung perbelanjaan ini.

Menurut Lim, beliau membuat laporan polis ini selepas membuat penelitian terlebih dahulu dan mahu pihak polis menyiasat perkara ini dengan telus.

“Kami telah periksa beberapa pakaian yang bernilai RM10,00 setiap satu di jakel. Jadi adakah Najib membeli 5,500 pakaian dari Jakel untuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam tempoh empat tahun? Satu tahun bersamaan 365 hari, yang seterusnya bermakna 1,375 pakaian. Ini adalah kira-kira empat pakaian sehari,” kata Lim.

Itulah sikap pemimpin DAP.., hanya tahu menuduh tanpa memeriksa pucuk pangkal…. Kalau nak menuduh, periksa pucuk pangkal terlebih dahulu… Kalau dah dapat jawapan, baru laa tuduh dan buat laporan polis.

Jika difikirkan secara logik akal pun kita sudah ketahui tuduhan Lim terhadap Najib hanya berniat jahat… Tak masuk dek akal, Najib membeli baju kepada isterinya dan mahu isterinya memakai baju sehari 4 helai… Tak pernah dibuat orang membeli baju untuk diri sendiri sehingga memakan jutaan ringgit.

Lagi satu, kalau sehari 4 helai dipakai Rosmah dan setiap hari ditukar pakaiannya… Sudah pasti rumah Najib akan dijadikan gudang baju, kerana baju yang dipakai Rosmah hanya dipakai sekali dan digantikan dengan baju yang baru. – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-5small