Netizen Kecam Tindakan Rafizi Berlakon Kena Gari

KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang berpura-pura digari oleh pihak polis ketika ditahan semalam telah mendapat kecaman oleh netizen di laman sosial.

 

Pendedahan tersebut telah dimuat naik dalam satu status oleh pemilik laman Facebook yang jelas menunjukkan gambar Rafizi hanya memegang tangannya sendiri di belakang bukannya seperti yang didakwa.

 

“Ni baru keluar kat Buletin Utama TV3. Member aku record and snap. Muka macm ni hangpa nak kesian? Tengok! Jalan dgn tangan macam kena gari. Tapi mana ada kena gari?!!! Penipu tak habis-habis wey. Sampai jaja gambar anak nak dapat simpati.” katanya dalam statusnya.

 

Rata-rata daripada netizen menyifatkan beliau sebagai seorang penipu dan tidak menyesal atas semua tindakannya yang terdahulu seperti yang dilakukan oleh Aaisyah Qairen Syah

 

“buruk nya perangai sotong dari muda smpai tua mnipu jer kerja… Haha” katanya dalam komen yang dimuatnaik.

 

Najmuddin Mohamed pula menyifatkan tindakan Rafizi itu seperti mahu membangkitkan kebencian terhadap kerajaan.

 

“Perghhh jahat betui ini orang…adea hati nak membangkitkan sentimen kebencian terhadap kerajaan” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Mohd Khairi Bin Ahmad yang juga merupakan seorang lagi pengguna Facebook memuatnaik komen yang mahu Rafizi di buang kerana  tidak memberi manfaat kepada rakyat.

 

“Hidup, kalau tak bawa manfaat kepada rakyat terbanyak, lebih baik ‘padam’. katanya.

 

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR itu ditahan reman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan ke atas kesalahan membocorkan dokumen rahsia. -SuaraTV

 



This entry was posted in Laporan Khas, Terkini. Bookmark the permalink.