Najib Silap Namakan Mukhriz Sebagai MB Kedah


Bukan main lantang lagi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan pemimpin itu tak sesuai nak tanggung jawatan itu ini… Macam laa dia dan keturunannya layak sangat memikul tanggungjawab memerintah negara.

Sebelum ini, Mahathir pernah menyuarakan pandangan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sesuai untuk dijadikan Perdana Menteri kerana faktor usia kepada media luar, sehingga mencetuskan kemarahan legasi Anwar Ibrahim.

Terbaru, Mahathir menyuarakan bahawa pemilihan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan pengganti Perdana Menteri adalah satu kesilapan besar yang dilakukan.

Benarkah pemilihan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai satu kesilapan besar?? Sekiranya pemilihan tersebut satu kesilapan, dimanakah kesilapan tersebut??

Andy tidak merasakan pemilihan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak ‘sedar diri’ tu satu kesilapan… Sebaliknya, satu keputusan yang tepat dilakukan.

Jikalau mahu menyentuh mengenai kesilapan atas pemilihan yang dilakukan, rasanya pemilihan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu merupakan satu kesilapan besar yang dilakukan Najib. 

Ini kerana pemilihan tersebut dilakukan atas faktor menghargai perjuangan Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun… Namun, selepas perlantikan itu dibuat, ternyata Mukhriz tidak mampu untuk menggalas tugas tersebut sehingga terpaksa dipecat dan digantikan dengan Menteri Besar yang baharu.

Tengok sajalah pembangunan yang dilakukan Mukhriz sepanjang menjadi Menteri Besar Kedah?? Apa yang dibangunkan Mukhriz sejak beliau memegang jawatan tersebut?? Tidak ada satu pun pembangunan yang bertaraf dunia dibawa oleh Mukhriz ke negeri itu.

Mukhriz sepanjang menjadi Menteri Besar Kedah, lebih banyak menghabiskan masa berada di Kuala Lumpur dan diluar negara… Sedangkan rakyat Kedah amat memerlukan perhatian daripadanya selaku Menteri Besar.

 Mukhriz juga dilihat seorang pemimpin yang ‘lembap’ dan hanya mendengar kata ayahnya iaitu Mahathir, sehinggakan jawatan selesa yang didudukinya selama ini terpaksa diserahkan kepada orang lain.

Justeru, pemilihan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah adalah satu kesilapan besar yang pernah dilakukan Najib… Dan berharap, kesilapan ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan. – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-2