Mukhriz Atau Zahid Paling Popular??


Kesian melihat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir apabila usahanya mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri melalui fitnah dana RM2.6 bilion, akhirnya kantoi apabila Menteri Luar Arab Saudi mengaku bahawa wang tersebut memang datang dari negara itu.

Selepas gagal dengan usaha memfitnah dana tersebut, Mahathir dilihat cuba mengalih serangannya terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan mengatakan pemilihan Zahid menggantikan Najib adalah satu kesilapan besar.

Jelas Mahathir, Zahid Hamidi bukan calon yang sesuai untuk menggantikan Najib kerana Zahid tidak popular berbanding pemimpin-pemimpin lain dan ditolak oleh kebanyakan rakyat di negara ini.

“Apabila namanya disebut sebagai pengganti berpotensi Najib, orang ramai berteriak kerana suara rakyat yang bebas menolak Zahid,” kata Mahathir.

Kesian betul dengan Mahathir ni… Tak habis-habis nak meroyan… Kalau Zahid Hamidi bukan calon yang layak menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri, siapa ‘pemimpin’ yang layak dan sesuai itu?? Bolehkah Mahathir berterus terang sahaja siapa ‘pemimpin’ yang sesuai itu??

Mahathir berterus terang sajalah mahu menamakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘pemimpin’ yang layak menggantikan Najib…. Mahathir tak perlu lagi nak ‘berdrama’ atau berselindung.

Bila Mahathir dah berterus terang dengan pilihan hati yang kononnya paling layak menggantikan Najib, orang ramai tak perlu lagi ternanti-nanti siapa pemimpin yang mahu diangkat Mahathir menggantikan Najib…. Lagipun, orang pun boleh tahu sama ada pemimpin yang dipilih Mahathir itu mempunyai lebih popular dari Zahid Hamidi ataupun tidak.

Sekiranya Mahathir mahu menamakan Mukriz atau Muhyiddin sebagai calon pengganti, baik lupakan saja… Mukhriz dan Muhyiddin lagi tidak popular dari Zahid Hamidi.

Perkara ini dapat dilihat ketika pemimpin-pemimpin ini menghadiri sesebuah majlis… Dapat dilihat dengan jelas bahawa Zahid Hamidi lebih popular daripada Mukhriz dan Muhyiddin, apabila majlis yang dihadiri Zahid Hamidi sering dipenuhi orang ramai berbanding majlis yang dihadiri Mukhriz dan Muhyiddin yang kini sanggup menjadi pengkhianat orang Melayu.

Kalau benar Muhyiddin dan Mukhriz  popular, sudah lama gerakan yang dilakukan Mahathir menjatuhkan Perdana Menteri telah berjaya… Tapi apa yang berlaku sebaliknya, jelas menunjukkan kedua-dua pemimpin tersebut termasuk Mahathir tidak popular setanding dengan Zahid Hamidi dan Najib!! – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-5small