Mr Os meninggal dunia sebentar tadi. AL fatihah

Takziah buat keluarga Mr Os diatas kehilangan orang tersayang. Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid diberitakan telah meninggal dunia pada pukul 2.50 minit petang tadi.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Selayang dan menurut ahli keluarganya, jenazah akan dikebumikan di Gombak.

Pemergian Mr Os ini merupakan kehilangan besar buat industri seni tanahair dan juga kehilangan yang amat dirasai dalam dunia hiburan dan lawak negara.

Arwah merupakan seorang yang sangat mudah didekati dan amat disenangi oleh rakan dan juga peminat-peminat beliau.

Al fatihah buat arwah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman serta diredhai Allah SWT. – Utaranews.com

ep2p-5small