Mahathir Ajak Kuasa Asing Hancurkan Negara


Jika dahulu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dikenali sebagai seorang yang menentang segala bentuk campur tangan daripada kuasa asing, terutama sekali dari negara luar. Kali ini Mahathir dilihat ‘menjilat’ kembali kata-kata penentangan yang pernah dia hamburkan sebelum ini.

Jijik sangat dengan perbuatan Mahathir sekarang ini, jelas terlalu terdesak sehingga sanggup melakukan apa yang pernah dicaci makinya dahulu. Kalau dahulu orang lain ajak kuasa asing untuk campur tangan dalam urusan negara, bukan main lagi dia menentang. Tapi kali ni dia sendiri yang buat.

Memalukan betul, sudah habis cara dan idea agaknya untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sampaikan sanggup buat pusingan U dan merayu supaya kuasa asing campur tangan untuk merealisasikan impiannya untuk menjatuhkan perdana menteri.

Dalam satu wawancara bersama akhbar Australia, The Weekend Australian, Mahathir mendakwa bahawa kini hanya tinggal satu sahaja cara untuk menjatuhkan perdana menteri. Iaitu dengan mengajak kuasa luar memberi tekanan dan bersama menjahanamkan negara serta menjatuhkan Najib.

“Kebiasaannya saya tidak suka campur tangan asing dalam urusan Malaysia, tetapi saluran untuk kami membetulkan keadaan telah ditutup sepenuhnya.

“Jadi sekarang kita kena beri laluan kepada campur tangan asing dalam urusan domestik kita. Jika ianya sah, ya. Jika mereka ada maklumat, mereka mesti memberikan maklumat dan jika ada penggubahan wang haram, jika kerana membabitkan Najib, itu tidak bermakna mereka mesti menangguhkan undang-undang itu,” katanya kepada The Weekend Australian.

Mahathir juga dilihat cuba untuk mencurahkan minyak ke dalam api, apabila dia mengungkit mengenai sikap berkecuali yang diambil oleh pihak berkuasa Australia yang tidak melancarkan siasatan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Walaupun ANZ memegang 25 peratus saham AmBank, di mana lebih daripada AS$ 1 bilion ‘dipindahkan’ ke akaun peribadi Najib. Tuduh Mahathir, kononnya mereka saja taknak masuk campur sebab nak jaga hati Najib.

“Kerajaan Australia dilihat seperti tidak mahu menyinggung perasaan Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Sampai macam tu sekali punya terdesaknya Mahathir ni, sudah habis jalan yang dia guna.., kini nak pakai kuasa asing pulak bagi masuk campur urusan negara. Punya la penting diri sendiri dan dendam kesumatnya tu… Sampai buang habis pendiriannya sebelum ini. Memang memalukan!! – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small