Lunch semalam…

 Asalamualaikum dan salam isnin buat kawan2 semua… semuga semua dalam lindungan Allah sentiasa… dan dalam cuaca yang berbahang kepanasan ni jangan lupa untuk minum air kosong banyak2… jangan pulak minum air yang bergas atau yang manis manis tau… nanti tak pasal pasal cik diabetes akan hinggap pulak kan…  dalam bahang panas semalam kak rose merajinkan diri buat chicken chop bodo2 untuk lunch… sebenarnya semalam fb tunjuk memory setahun lepas, chicken chop yang kak rose buat… bila dah tengok tu, teringin la pulak… kebetulan bahan2 yang seadanya pun ada stok…. ok la buat jer….

 chicken chop bodo2 bersama gandingan sempoinya…. coleslaw dan fries… black pepper sauce tu pun buat from stratch, tapi kureeeng pulak kalernya… tak de kicap pekat, kak rose buh kicap masin jer. kita yang buat dia kan, so pepandai lah mengolah menderhakakan resepi…hihihi… maaf lah tuan punya resepi ya..

 resepi asal yang guna kicap pekat dari kak fida, kak rose buat satu adunan ni memang berlebih banyak untuk 3 keping chicken chop ni, walaupun dah makan dengan mewahnya sosnya tu…

Bahan-bahan

  • 3 sb mentega*
  • 4 sb tepung gandum*
  • 300 ml air panas
  • 300 ml susu segar
  • 1 keping kiub lembu/kiub ayam
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 sk cuka
  • 1 sb serbuk lada hitam (lebih sedap kalau yg ditumbuk sendiri)
  • Cara-cara
  1. Cairkan mentega di dalam kuali atau periuk atas api yg kecil dan masukkan tepung.Masak hingga berbuih.
  2. Masukkan kesemua bahan2 yang lain ke dalam campuran tepung dan gaul hingga rata dan masak hingga pekat.Jika terlalu pekat boleh ditambah sedikit air atau susu cair lagi.
  3. Apabila siap, bolehlah disajikan dgn steak,chop atau burger pilihan

ep2p-2