Jualan Proton Pasti Meningkat Selepas Mahathir Letak Jawatan

Ramai yang terkejut dengan keputusan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan dalam empat badan berkaitan kerajaan, iaitu Proton Holdings Berhad (Proton), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA).

Bagi Andy, keputusan Mahathir meletak jawatan dalam semua syarikat yang disenaraikan tidak mengejutkan, sebaliknya keputusan Mahathir itu adalah tepat bagi memberi peluang kepada generasi baru untuk menanggung tanggungjawab tersebut…. Lagipun Mahathir terlalu tua untuk menanggung tugas-tugas tersebut.

Lihat sajalah syarikat automotif dibawah naungan Mahathir selama ini… Apa perubahan yang dilakukan Mahathir ketika menjadi Pengerusi Proton Holding Berhad?? Adakah jualan kenderaan keluaran model Proton meningkat sepanjang Mahathir menyandang jawatan Pengerusi?? Adakah jualan kenderaan Proton berjaya mengatasi jualan kenderaan syarikat lain??

Jawapannya sudah pasti tidak…. Jualan Proton semakin merudum sehinggakan jualan syarikat automotif tempatan itu ‘kalah’ dengan syarikat kedua automotif tempatan iaitu Perodua sejak beberapa tahun kebelakangan ini…. Bukan itu saja, malahan Proton telah memaksa kerajaan untuk menyalurkan bantuan bagi menyelamatkan syarikat itu daripada gulung tikar.

Mesti korang terfikir kenapa Proton akan gulung tikar, sedangkan syarikat automotif tempatan itu sering mengeluarkan kenderaan model-model terbaru… Iya, memang tidak dinafikan Proton banyak mengeluarkan model-model yang baru, tetapi model-model keluaran Proton itu hanya layak ditertawakan.

Korang lihat lah model yang dikeluarkan seperti Juara, Tiara dan Savy…. Model-model ini yang kononnya akan memintas penjualan kenderaan keluaran Perodua seperti Kancil, Kelisa dan Kenari GAGAL!! Model-model Perodua ini lebih ‘laku’ dari model keluaran Proton.

Itu baru menyentuh mengenai model yang dikeluarkan Proton… Cuba lihat kualiti yang ada di kenderaan keluaran Proton dan kenderaan keluaran syarikat lain… Sampai  ke hari ini masalah ‘power window’ kereta keluaran Proton tidak menemui jalan penyelesaian.

Kualiti satu hal…. Bab harga juga menjadi satu hal, kenapa Proton gagal mengatasi jualan kenderaan syarikat lain.. Sudahlah kualiti yang diberikan Proton hampeh!! Tetapi harga yang diletakkan mengalahkan harga sebuah kereta import… Kalau harga dah mahal seperti kereta import yang berkualiti, sudah pasti pengguna lebih gemar memilih kereta import berbanding kereta keluaran syarikat tempatan.

Justeru, keputusan Mahathir meletak jawatan adalah tepat…. Dan Andy percaya dengan perletakan jawatan Mahathir sebagai Pengerusi Proton dan bakal digantikan dengan orang baru, akan menaikkan jualan kenderaan keluaran Proton sekaligus mengalahkan jualan syarikat automotif lain. – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-2